KPDNHEP | Kaji cadangan GLC jadi pembungkus minyak masak bersubsidi

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengkaji cadangan membenarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membungkus minyak masak polibeg bersubsidi bagi mengekang ketirisan produk itu.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata itu adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan.