Serpihan Roket | NASA dakwa China sembunyi insiden roket
  • 2 tahun lalu
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mendakwa China tidak berkongsi maklumat berhubung pemacu roket milik negara itu yang dilaporkan dijatuhkan semula ke bumi di Lautan Hindi, semalam.

Menurut NASA, Beijing dilihat menyembunyikan fakta mengenai trajektori khusus yang diperlukan untuk mengetahui di mana kemungkinan serpihan itu jatuh, bagi mengelakkan ia menimpa kawasan berpenduduk.