Sambutan Maal Hijrah | Konsep Tasamuh jaga keharmonian - PM
  • 2 tahun lalu
Sikap toleransi atau berlapang dada bukan sahaja membolehkan negara terus membangun sehingga dihormati, malah dapat mengelakkan daripada berlaku perbalahan yang sia-sia dan merugikan.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru Keluarga Malaysia menjaga keharmonian dan perpaduan dengan mengamalkan konsep 'Tasamuh' atau toleransi, dituntut dalam Islam yang bersifat universal.