Padah buat prank! Izuan Razali kena terajang, tak berani keluar rumah seorang diri
  • 2 tahun lalu
SERING membuat video ‘prank’ di kedai makan, nama Izuan Razali sekali meraih perhatian netizen selepas satu video dia ditendang oleh seorang individu tular di media sosial.

Menjelaskan mengenai kejadian itu, Izuan, 30, mendedahkan video tersebut dirancang oleh pihaknya dan babak ditendang hanyalah lakonan semata-mata.

“Sebenarnya kejadian diterajang di Kedah tempoh hari hanyalah lakonan, kami juga telah meminta izin sebelum melakukan penggambaran di situ.

“Cuma saya nak beritahu video yang saya kongsi jangan percaya seratus peratus... semua adalah konten dan lakonan,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Izuan, kandungan video yang dihasilkan itu juga merupakan sebahagian sumber pendapatannya.

“Ini adalah kerja, jadi saya kena teruskan sebab ini adalah periuk nasi saya... saya terpaksa kerja macam itu dan ini adalah cara saya.

“Daripada merompak, menjual barang terlarang atau menyamun. Saya kerja macam ini adalah halal rezeki saya... titik peluh sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Izuan pernah membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada netizen.
Disyorkan