Tiada keperluan perkenal semula GST
  • 2 tahun lalu
Tiada keperluan perkenal semula GST

BERITA SEMASA 7 SEPTEMBER 2022

Kerajaan masih belum di peringkat yang perlu untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, ini disebabkan oleh momentum pemulihan ekonomi yang kukuh dengan pertumbuhan 6.9 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan yakin ekonomi negara akan mencatat unjuran pertumbuhan antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi tahun 2022.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa