'Sila laksanakan' - Arahan Zahid mengenai surat niat LCS untuk BNS

  • 2 years ago
Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan mengenai projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang diklasifikasikan "sulit" diubah status menjadi "terbuka."

Dokumen tersebut menyertakan bukti membabitkan tulisan tangan Ahmad Zahid Hamidi, sekali gus menyanggah penafian bekas menteri pertahanan itu sebelum ini.