Wanita paling lama berada di ruang angkasa selamat pulang

  • 2 tahun lalu
Angkasawan wanita Amerika Syarikat (AS), Christina Koch menjadi wanita pertama berada paling lama di ruang angkasa selepas 11 bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Koch selamat mendarat di Kazakhstan pada jam 3.12 petang waktu tempatan bersama dua rakannya, Luca Parmitano, dari Agensi Angkasa Eropah dan Alexander Skvortsov, dari Rusia.