Kabinet bincang cadangan ambil alih PLUS Rabu ini - Lim

  • 2 tahun lalu
Cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan empat lebuh raya berkaitan Gamuda Bhd di Lembah Klang akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, buat masa ini, beliau tidak tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ianya membabitkan pengumuman yang penting.