Akaun Telegram PM, Menteri Luar digodam

  • 2 tahun lalu
Akaun Telegram PM, Menteri Luar digodam

BERITA SEMASA 9 OGOS 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan PDRM susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa, memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan.

Sehubungan itu, individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut diminta mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Artikel: https://bit.ly/3JDxTCi

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa