Benarkah Anwar tak dapat sokongan anak muda?
  • 2 tahun lalu
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebanyakan anak muda tidak kenal peribadi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disebabkan itu mereka tidak menyokong beliau.

Justeru beliau menolak kenyataan Anwar tidak diterima sebaliknya mencadangkan agar idealisma perjuangan ketua pembangkang itu diperkenalkan kepada anak muda untuk mereka mengenalinya dengan lebih mendalam.

Beliau berkata demikian dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan pada Rabu, 8 Ogos 2022 jam 3 petang.

SAKSIKAN VIDEO PENUH DI: https://www.youtube.com/watch?v=lweM_v2Ehtk