Hansard buktikan Tajuddin ada dalam Dewan lepas digantung - MP

  • 2 years ago
Teo Nie Ching (PH-Kulai) menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

Ini apabila Rashid berkata dia telah menggantung Tajuddin Abdul Rahman (BN - Pasir Salak) selama dua hari berikutan didakwa menggunakan perkataan lucah di Parlimen pada 20 Julai.

Teo berkata Hansard menunjukkan Tajuddin telah diminta meninggalkan Dewan Rakyat semasa sesi pagi pada 20 Julai, namun kembali untuk sesi petang dan disenaraikan sebagai salah seorang yang mengundi usul untuk melanjutkan Subseksyen 4(5) Sosma.