Rakyat susah, gaji Ketua Menteri Sabah pula naik
  • 2 tahun lalu
Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long membidas kenaikan gaji Ketua Menteri Sabah diluluskan DUN Sabah tatkala rakyat sedang bergelut dengan isu kos sara hidup yang tinggi.

Menurut beliau, rakyat pada hari ini tidak lagi peduli tentang isu politik, sebaliknya yang menjadi keutamaan mereka ialah bagaimana untuk meneruskan hidup dalam kegawatan ekonomi.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Berani Semuka yang berlangsung pada 26 Julai 2022 (Selasa).