Astro Kem Badminton | Sanggup redah 12 jam perjalanan sertai pemilihan

  • 2 tahun lalu
Sesi pemilihan menerusi Astro Kem Badminton 2022 yang dianjurkan di lima negeri tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan ibu bapa yang mengimpikan anak mereka berlatih secara profesional.

Bagi penganjuran di Kota Kinabalu Sabah, ibu bapa sanggup meredah perjalanan sehingga 12 jam bagi menyokong minat anak mereka dalam arena badminton.