Sindiket seludup diesel RM10.7 juta di Johor lumpuh

  • 2 tahun lalu
Sindiket seludup diesel RM10.7 juta di Johor lumpuh

BERITA SEMASA 19 JULAI 2022

Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi terbesar di negeri ini susulan penahanan 19 lelaki di sebuah jeti di Sungai Tiram, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, sebanyak 122,000 liter diesel dan sebuah kapal tangki, tiga buah tangki treler, tujuh hos minyak beserta enjin dan sistem GPS kapal dirampas membabitkan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai lebih RM10.7 juta.

Artikel:Artikel:https://bit.ly/3IPpLyf

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa