Pindaan Perlembagaan | Annuar harap RoS lulus permohonan UMNO

  • 2 tahun lalu
Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan permohonan pindaan perlembagaan UMNO yang diluluskan parti itu pada Perhimpunan Agung Khas UMNO pada 15 Mei lepas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata RoS sudah mengambil masa cukup lama iaitu dua bulan untuk membuat keputusan berhubung permohonan UMNO berkenaan.