Saifuddin ingatkan ahli PKR disiplin parti, ketaatan pada presiden
  • 2 years ago
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail hari ini memberi peringatan panjang berkenaan kepentingan disiplin organisasi serta ketaatan kepada institusi presiden ketika berucap pada majlis pelancaran kongres pemuda parti itu.

Menyatakan bahawa terdapat kemerosotan dalam soal disiplin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu menegaskan semua keputusan parti dibuat secara kolektif dan perlu dihormati semua ahli.

Sumber video: https://www.facebook.com/akmalnasir.my/videos/785702799108176/