[TERKINI] Rizab antarabangsa BNM berjumlah USD 109 bilion

  • 2 tahun lalu
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD109.0 bilion pada 30 Jun 2022. Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.8 bulan import barangan dan perkhidmatan 1, dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.