Yayasan Akalbudi | Mahkamah Tinggi tolak permohonan tangguh kes

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menangguhkan perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu hingga rayuannya mendapatkan salinan keterangan saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diputuskan Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian kerana mendapati tiada keadaan khas bagi membenarkan permohonan itu selain Ahmad Zahid tidak akan diprejudis ketika prosiding bela diri didengar di mahkamah.

Disyorkan