Krisis inflasi: Amanah tolak pelawaan Annuar, protes 16 Julai diteruskan
  • 2 years ago
Amanah hari ini menolak tawaran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa untuk bertemu dengan pemimpin bantahan kenaikan harga bagi mencari penyelesaian kepada krisis inflasi.

Sebaliknya ahli jawatankuasa pusat parti, Faiz Fadzil mengulangi tiga tuntutan parti itu kepada Annuar, yang mengetuai pasukan petugas khas jihad mengenai inflasi.

Adun Taman Templer yang juga Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzah berkata, parti itu juga akan menganjurkan 'flash mob' di luar Parlimen pada 16 Julai bagi membantah kenaikan harga.
Recommended