Ranking Dunia | Naik 3 anak tangga, Sivasangari kini ranking ke-16 dunia
  • 2 tahun lalu
Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas naik tiga anak tangga untuk kini menghuni ranking ke-16 dunia.

Atlet berusia 23 tahun itu yang muncul juara kejohanan skuasy kebangsaan baru-baru ini, mengumpul purata mata 376.11, demikian menurut laman Web Rasmi PSA World Tour.