Cerita Sebalik Berita: Pemilihan PKR 2022 | Ini kemenangan untuk Ampang, parti - Hans Isaac

  • 2 tahun lalu
Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyifatkan kemenangannya bagi jawatan Ketua Cabang Ampang pada Pemilihan PKR 2022 sebagai kemenangan untuk semua, khususnya buat ampang dan parti

Ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac berkata sebagai satu parti, sudah tentu mereka akan meneruskan perjuangan dan agenda yang dibawa, tidak kira menang atau kalah.

Keputusan rasmi bagi Pemilihan PKR 2022 secara rasmi akan diumumkan pada Kongres PKR yang dijadualkan pada 16 dan 17 Julai depan.