Perbankan | SME Bank catat prestasi kewangan memberangsangkan

  • 2 tahun lalu
SME Bank menambahkan jumlah asetnya kepada RM11.4 bilion dan mencatatkan peningkatan portfolio pembiayaan kasarnya sebanyak 8.3% kepada RM8 bilion semasa tahun kewangan 2021.

Pengerusi SME Bank, Datuk Seri Nazir Ariff berkata, hasil disiplin kewangan yang kukuh, pendekatan pengurusan risiko yang mantap, serta kedudukan modal yang teguh membolehkan bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM55.3 juta pada 2021 mengatasi sasaran RM28.4 juta.