Pengangguran | Malaysia catat penurunan sehingga 3.9 peratus pada April 2022

  • 2 tahun lalu
Kadar penggangguran terikini di negara ini sehingga April lalu menunjukkan petanda positif apabila menunjukkan penurunan kepada paras 3.9 peratus berbanding 4.6 peratus bagi tempoh sama pada tahun 2021.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ini merupakan kali pertama kadar pengangguran menurun di bawah empat peratus sejak pandemik COVID-19 dengan bilangan penganggur kekal pada trend menurun bagi sembilan bulan berturut-turut.