'Mesyuarat MKT malam ini penting, bincang keputusan PAU Khas'
  • 2 years ago
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini bakal membuat keputusan penting, antaranya mengenai keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas sebelum ini serta pendirian terbaru parti itu berhubung PRU15.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, ini termasuk keputusan PAU lalu yang memberikan mandat kepada lima pemimpin tertinggi parti berbincang mengenai langkah-langkah politik menuju PRU15.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/5356409141086772