Sukan Komanwel | Lee Zii Jia tidak beraksi
  • 2 tahun lalu
Skuad badminton negara menerima tamparan hebat menjelang Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bermula 28 Julai hingga 8 Ogos depan selepas jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia mengesahkan dia menarik diri daripada temasya berkenaan.

Pemain nombor lima dunia itu, berkata keputusan berkenaan dibuat bagi membolehkan dia memberikan fokus yang lebih terhadap kejohanan dunia di Tokyo, Jepun, yang berlangsung 22 hingga 28 Ogos.
Disyorkan