Pecah Amanah | Perbicaraan hari kedua kes Syed Saddiq
  • 2 tahun lalu
Seorang penolong penguasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau mengesyaki Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah bersubahat dengan dua individu berhubung kehilangan wang tunai RM250,000 dari peti besi di kediaman ahli politik itu, dua tahun lepas.ASP Ahmad Marzuqi Ibrahim, 39, yang merupakan pegawai penyiasat kes tersebut berkata beliau mengesyaki perkara itu kerana hanya Syed Saddiq dan dua individu bernama Siti Nurul Hidayah dan Lim Hooi Sean yang mengetahui kata laluan peti besi.
Disyorkan