Perbicaraan 1MDB | 1MDB desak segerakan pindahan dana AS$1 bilion

  • 2 tahun lalu
Deutsche Bank (M) Berhad (DBMB) didesak supaya mempercepatkan pindahan dana satu bilion dolar Amerika bagi pelaburan usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Petrosaudi International LTD.

Desakan itu kerana Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri ketika itu hendak mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai kerjasama berkenaan.