Kes UKSB, Bestinet | SPRM perlu dirombak besar-besaran - Lim Guan Eng

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dirombak secara besar-besaran bagi memulihkan keyakinan dan memperbaiki kedudukan dalam indeks persepsi rasuah oleh Transparency International.

Menurut Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, SPRM dilihat gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka selepas pendedahan saksi mahkamah melibatkan kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan Bestinet.