Peluang Pekerjaan | Kedah wujud 150,000 peluang kerja menjelang 2035

  • 2 tahun lalu
Kira-kira 150,000 peluang pekerjaan dijangka akan diwujudkan di Kedah menjelang tahun 2035 sekaligus membuka ruang untuk anak-anak negeri jelapang padi itu menabur bakti dan berkhidmat di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan ianya susulan perkembangan kemasukan pelaburan ke Kedah selain jangkaan peningkatannya dari semasa ke semasa.