Dihalang berarak: Majlis Peguam mahu heret polis ke mahkamah
  • 2 years ago
Badan Peguam Malaysia sedang mengumpul bukti untuk mengambil tindakan undang-undang selepas polis bertindak menghalang ratusan peguam yang berhimpun awal hari ini di Padang Merbok, di Kuala Lumpur daripada meneruskan perarakan 'Walk for Justice' ke parlimen.

Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah berkata proses pengumpulan bukti untuk menentukan tindakan mereka seterusnya termasuklah dengan menonton rakaman dari lapangan serta temu bual dengan saksi dalam kalangan peguam yang hadir untuk perarakan itu.