Sekuriti Makanan | Harga siling bergerak beri situasi menang-menang

  • 2 tahun lalu
Langkah kerajaan untuk memperkenalkan harga siling bergerak yang berubah kepada faktor harga input dilihat mampu memberikan situasi menang-menang antara pengguna, peniaga dan peladang.

Pensyarah, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi berkata, pendekatan itu menuntut semua pihak berlapang dada untuk bersama-sama menangani masalah sekuriti makanan pada masa ini.