Niaga AWANI: Ekonomi | Bank Dunia yakin Malaysia capai sasaran pertumbuhan

  • 2 tahun lalu
Bank Dunia yakin ekonomi malaysia berkembang 5.5 peratus tahun ini disokong pemulihan kukuh dari segi penggunaan, sekali gus berada dalam lingkungan unjuran rasmi kerajaan iaitu pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 5.3 hingga 6.3 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi, Makroekonomi, Perdagangan dan Pelaburan Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi berkata, KDNK malaysia melepasi paras sebelum pandemik daripada aspek output pada suku keempat 2021 sebelum terus berkembang pada suku pertama 2022 kepada 5.0 peratus.

Disyorkan