Rayuan Kes SRC | Pendakwaan bantah permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib

  • 2 tahun lalu
Peguam Diraja Dari United Kingdom Jonathan Laidlaw tidak menunjukkan sebarang kelayakan atau pengalaman istimewa berkenaan undang-undang negara ini selain tidak berkelayakan dalam bahasa Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul menerusi afidavitnya yang difailkan bagi membantah permohonan Laidlaw untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Disyorkan