Projek Nasional | RTS Link Johor Bahru-Singapura 17 peratus siap
  • 2 tahun lalu
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini berkata, kemajuan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura sudah mencapai tahap 17 peratus.

Beliau berkata penjadualan pembinaan projek nasional itu berjalan secara lancar bagi memastikan infrastruktur RTS Link Johor Bahru-Singapura itu disiapkan menjelang Disember 2024.