BN akan kembalikan 'Malaysia Asal', anggap 'Malaysia Baru' PH retorik
  • 2 years ago
Barisan Nasional akan mengembalikan 'Malaysia Asal' bagi menggantikan retorik 'Malaysia Baru' Pakatan Harapan (PH) yang ternyata gagal kata, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasar Konvensyen BN petang semalam, Ahmad Zahid berkata PH ghairah menawarkan 'Malaysia Baru' namun dalam masa sama merungkaikan asas toleransi pelbagai kaum dengan cubaan merobek sifat keindukan Bumiputera Melayu Islam dalam kemajmukan.