Banjir Kilat | Lebih 50 buah keluarga terjejas kerana air naik

  • 2 tahun lalu
Hujan tanpa henti sejak semalam mengakibatkan 54 keluarga di Taman Gurun Jaya dan Kampung Ibor dekat Gurun, Kedah dilanda banjir kilat awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan air memasuki rumah penduduk kira-kira jam 4.20 pagi.