HFMD ME 21/2022 | Peningkatan 27 kali ganda berbanding tempoh sama 2021

  • 2 tahun lalu
Sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 21/2022 (pada 28 Mei 2022), sejumlah 65,535 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 27 kali ganda bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,333 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19, dengan kes sebanyak 29,846, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2 kali ganda.

Disyorkan