Nasional | PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja dua hari

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Ismail Sabri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.40 petang di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Yakub Khan serta beberapa pemimpin kerajaan negeri lain.

Disyorkan