Beg Plastik | Semua negeri setuju laksana kempen tanpa beg plastik

  • 2 tahun lalu
Semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan caj pencemaran plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik melalui kempen tanpa beg plastik seperti yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kementeriannya telah mendapat mandat daripada Mesyuarat Majlis Negara bagi kerajaan tempatan ke-76 untuk mengenakan caj pencemaran itu.

Disyorkan