[TERKINI] Penantian 20 tahun golf berakhir, Ervin sumbang emas ke-14

  • 2 tahun lalu
Malaysia menamatkan penantian selama 20 tahun untuk membutirkan pingat emas Sukan SEA menerusi acara golf, di Heron Lake Golf Course and Resort.

Pemain lelaki negara, Ervin Chang, yang merancang untuk beralih ke profesional selepas ini, melakukan penamat sempurna dalam Sukan SEA Hanoi apabila mendapat 'birdie' dalam play-off ketiga selepas terikat 7 dibawah par.