'Pinda perlembagaan Umno bukan nak selamatkan Zahid, tak benar'
  • 2 years ago
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pindaan perlembagaan parti itu bukan bertujuan untuk menyelamatkan kendudukannya.

Jelasnya amat malang jika ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang mempercayai tuduhan sedemikian.

Umno mengadakan Perhimpunan Agung Umno Khas bagi meminda perlembagaan parti untuk membolehkan pemilihan parti itu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/526207939038641