[TERKINI] Agong zahir takziah kepada keluarga lima penuntut USAS
  • 2 tahun lalu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam nahas di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka menzahirkan rasa duka cita dengan berita pemergian Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, ke Rahmatullah dalam nahas tersebut.
Disyorkan