'PAS, Umno dah tak tidur sebilik, kena tamatkan MN secara rasmi'
  • 2 years ago
Kerjasama di antara Umno dan PAS mesti ditamatkan secara rasmi bagi mengelak salah faham tentang status kewujudan Muafakat Nasional, kata Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub.

Mustapha berkata, Veteran Umno mahu Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan secara rasmi yang menyatakan Muafakat Nasional sudah mati dan telah berkubur.