Ekonomi | Ramai akan hadapi isu kewangan selepas Aidilfitri

  • 2 tahun lalu
Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off, tawaran diskaun dan percuma bagi beberapa tol di lebuh raya sememangnya memberi kelegaan buat rakyat Malaysia ketika menyambut lebaran kali ini.

Namun, di sebalik kesenangan yang boleh dimanfaatkan itu, rakyat Malaysia mungkin terpaksa menanggung kenaikan harga barangan dan pertambahan hutang jika perbelanjaan Aidilfitri melebihi kemampuan.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan, dengan sambutan Aidilfitri yang berlangsung pada awal bulan, umat Islam mungkin perlu lebih bijak urus kewangan.

Disyorkan