HFMD | 144 kes jangkitan di Hilir Perak, Bagan Datuk

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 144 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dilaporkan di Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk bagi tempoh minggu epidemiologi (ME) ke-17 tahun ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, ia peningkatan sebanyak 7.5 kali ganda berbanding ME yang sama pada tahun lepas, iaitu hanya 17 kes.