Balik Kampung | Situasi terkini keadaan trafik di Terengganu

  • 2 tahun lalu
Bahang Aidilfitri semakin terasa dengan perantau mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing selepas dua tahun tidak menyambut raya susulan pandemik COVID-19.

Sudah pasti peluang kali ini tidak akan dilepaskan untuk menyambut raya dengan insan tersayang.

Namun untuk tiba ke destinasi mungkin ramai yang mengeluh kerana perlu bersesak di lebuh raya terlebih dahulu sebelum tiba ke kampung halaman.

Bagi mengetahui situasi terkini di Terengganu, bersama wakil Astro AWANI Terengganu Nur Fazlizai Ali yang melakukan tinjauan di Lebuhraya Pantai Timur 2.

Disyorkan