Makan hati suami asyik nak beraya rumah mak sendiri

  • 2 tahun lalu
Makan hati suami asyik nak beraya rumah mak sendiri

Bagi pasangan suami isteri, giliran pulang beraya di kampung siapa dulu kerap menjadi isu. Silap hari bulan, boleh bergaduh besar.

Apatah lagi tahun ini masing-masing teruja untuk menyambut Aidilfitri bersama orang tua tersayang selepas perintah merentas negeri ditamatkan.

Apa yang menjadi pergaduhan, si isteri mahu menyambut Lebaran di kampung halaman selepas dua tahun tidak pulang, namun suami pula berkeras mahu beraya bersama keluarganya terlebih dahulu.

Sakit hati dibuatnya apabila dua tahun berturut-turut beraya di rumah mertua. Bagaimana cara terbaik untuk memujuk hati untuk reda dengan keputusan suami? Adakah jika terus membantah, nanti digelar isteri derhaka?

Ikuti nasihat dan tip oleh Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Haji Hushim Salleh bagi menjawab permasalahan yang dibangkitkan dalam Soal Jawab Netizen Rahsia Rumah Tangga Edisi Ramadan pada minggu ini.

#soaljawabnetizen
#rahsiarumahtangga
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#dominasigayahidup

Disyorkan