Menjelang Aidilfitri | PLUS jalin kerjasama salur maklumat trafik

  • 2 tahun lalu
Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjalin kolaborasi dengan rakan strategiknya iaitu Astro Radio, Celcom serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi memastikan maklumat trafik terkini serta pengumuman berkenaan lebuh raya dapat disalurkan kepada orang ramai secara konsisten.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata keperluan untuk menyampaikan maklumat terkini secara berterusan adalah elemen penting dalam menguruskan lonjakan trafik pada musim perayaan ini.

Disyorkan