Kelonggaran SOP | Semakan semula langkah kawalan semasa fasa peralihan ke endemik

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyemak semula sembilan langkah kawalan semasa fasa peralihan ke endemik.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pertama melibatkan protokol uji dan lepas bagi kes positif COVID-19.

Mereka yang positif perlu menjalani pengasingan selama tujuh hari dari tarikh sampel positif diambil.

Bagaimanapun individu boleh dilepaskan daripada pengasingan bermula hari keempat jika disahkan negatif dan melengkapkan tujuh hari jika masih positif.

Disyorkan