[TERKINI] Tol percuma, diskaun di 30 lebuhraya sempena Aidilfitri
  • 2 tahun lalu
Selaras dengan fasa peralihan ke endemik sejak 1 April 2022 dan sempena sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berHari Raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, langkah ini dilakukan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. secara keseluruhan.